It is currently 2010-09-03, 03:42:02 am

All times are UTC + 8 hours





Post new topic Reply to topic  [ 25 posts ]  Go to page 1, 2, 3  Next
Author Message
 Post subject: HARAKAHDAILY: SABTU 01 MAC 2008
New postPosted: 2008-03-01, 12:06:19 pm 
Offline
User avatar

Joined: 2007-12-29, 09:20:46 pm
Posts: 69



Gaya dan 'kemesraan' Abdullah yang menimbulkan tanda-tanya..
Azamin Amin
KUALA LUMPUR,1 Mac (Hrkh) - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Dato'..

Surat terbuka sikecil kepada Abdullah, bebaskan tahanan ISA..
Azamin Amin
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Hrkh) - Pengerusi Barisan Nasional (BN) ..

Nik Aziz bertemu anak Kelantan di perantauan malam esok..
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Hrkh) - Satu majlis pertemuan antara MB ..

Kaum Cina & India tunjuk sokongan terbuka kepada PAS Kedah..
Azamin Amin
KUALA LUMPUR,1 Mac (Hrkh) - Perubahan paling ketara berbanding si..

Sejarah membuktikan rakyat Bachok terima calon luar..
Intan Abdullah
BACHOK, 1 Mac (Hrkh) – Apakah benar rakyat Bachok tebal dengan s..

Berhentilah berbohong mengenai ekonomi, tegur PMN kepada PM..
Intan Abdullah
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Hrkh) - Dek kerana terlalu ghairah memburu..

SPR dibidas, lebih 8,600 pengundi berusia 100 tahun!..
Azamin Amin
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Hrkh) - Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak ..

Masjid Kristal lambang kejatuhan BN di Terengganu..
Awang Harun
KUALA TERENGGANU, 1 Mac (Hrkh) - Kemewahan serta pembaziran yan..

PAS ajak SPR perbetulkan demokrasi..
Awang Harun
KUALA TERENGGANU, 1 Mac (Hrkh) - Prsiden PAS, Dato' Seri Tuan ..

Rakyat lebih makmur di bawah pembangunan berteras Islam – Ni..
Intan Abdullah
KOTA BHARU, 1 Mac (Hrkh) - Pembangunan dalam konteks Islam seben..

Wang peruntukan lesap, bendera BN dilambak..
Intan Abdullah
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Hrkh) - Pelbagai kerenah dan gelagat b..

Selamatkan Pulau Duyong daripada dirampas Idris ..
Adnan Ibrahim
KUALA NERUS, 1 Mac (Hrkh) - Penduduk Pulau Duyong mesti selamat..

PAS Wilayah sokong syor "RTM Beri Satu Jam Sehari" berkempen..
Tarmizi Mohd Jam
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Hrkh) - PAS Wilayah menyokong saranan calo..

Kertas Undi Pos Setiawangsa: Ada nombor siri dan nama bertin..
Azamin Amin
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Hrkh)- "Penggunaan peti undi lutsinar, dakwa..

Umno/BN tidak perlu gelabah dengan doa orang PAS..
Intan Abdullah
MERANTI, 1 Mac (Hrkh) - Sesiapa sahaja boleh berdoa memohon ..

Dr Lo'Lo' tembusi PPR Desa Rejang, lancarkan Kelab Penyokong..
Tarmizi Mohd Jam
SETAPAK, 1 Mac (Hrkh) - Calon PAS Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Mohd ..

Negara boleh bankrap kerana BN amal dasar kronisme - Dr Lo'L..
Nur Ab Rahman
SETAPAK, 1 Mac (Hrkh) – Jika Barisan Nasional (BN) terus diber..

Dato’ Syeikh Azmi dalam kenangan..
Zainudin Hashim
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Hrkh) – Mantan Mufti kerajaan negeri Pulau..

Kelantan: Pas kuat atau BN lemah?..
A Kadir Jasin
SEANDAINYA PAS terus berkuasa di Kelantan selepas 8 Mac ini – yang ..

Serius: Lambat laun kerajaan kena tukar juga..
Maulana Purnama
Barisan Nasional (BN) mesti terima hakikat bahawa mereka tidak boleh ..

Tidak bertemu, bagaimana hendak bersalam?..
Mohd Rashidi Hassan
Sekali lagi Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjad..

Pengundi Kota Raja mahu pembangkang yang kuat di Parlimen..
Roy Rasul
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Hrkh) - Calon PAS bagi kawasan P.111 Kota ..

Undi bagaikan bai'ah kepada kepimpinan..
H Fansuri
Barangkali, untuk disamakan tindakan membuang undi sebagai bai'ah atau l..

_________________

Mari berforum dengan aman!


Top
 Profile  
 
 Post subject: Undi bagaikan bai'ah kepada kepimpinan
New postPosted: 2008-03-01, 12:09:49 pm 
Offline
User avatar

Joined: 2007-11-22, 01:30:15 pm
Posts: 28881
Location: Di atas nama cinta
H Fansuri
Sat | Mar 01, 08 | 4:20:09 am MYT

Barangkali, untuk disamakan tindakan membuang undi sebagai bai'ah atau lafaz sumpah setia kepada kepimpinan akan menyebabkan ramai pihak tidak bersetuju dengan analogi perumpamaan ini.

Tapi, untuk sementara waktu izinkan perumpamaan sebegini disahkan. Mari kita anggap undi seumpama bai'ah untuk memudahkan perbincangan kita.

Sebagai yang termaklum, kepimpinan disahkan melalui kepercayaan. Tanpa kepercayaan daripada pihak yang dipimpin maka gugurlah kepimpinan itu. Contoh yang agak masyhur ialah mengenai perkahwinan melibatkan sepasang suami isteri.

Suami akan menjadi pemimpin keluarga setelah isterinya mempercayai bahawa suami itu akan menjadi pemimpinnya. Hukum Islam menetapkan sehingga kiamat bahawa si suami akan tetap menjadi pemimpin keluarga, pemimpin bagi isterinya dan anak-anaknya.

Dengan sebab itulah konsep dan pengertian ke atas istilah 'derhaka' telah wujud atau pun diwujudkan. Lawan kepada derhaka adalah ketaatan. Kedua-dua konsep ini berkait rapat dengan kepemimpinan. Taat dan derhaka tentunya bersebab.

Dalam kes isteri menderhaka, satu istilah khas diperkenalkan; nusyuz. Tapi, maklum juga bahawa nusyuz ini bukanlah satu alasan yang sewenang-wenangnya untuk menyebabkan si suami boleh memukul si isteri sehingga mencederakan tubuhnya.

Tidak boleh juga suami menggunakan kekerasan, ancaman ugut dengan cuka getah untuk mencederakan wajah isteri hanya kerana wujudnya unsur penderhakaan atau nusyuz.

Hal ini jelas zalim sebagaimana Umno-BN mengarahkan polis FRU menggunakan Water Canon, molotov untuk menyuraikan perhimpunan aman anjuran Bersih dan Hindraf.

Pun begitu, ada perbezaan sedikit antara kes suami mendera isteri dan kes Umno-BN yang mendera rakyatnya sendiri. Setiap lima tahun sekali, rakyat yang didera ada pilihan untuk membuang pemimpin yang selalu mendera mereka dengan water Canon.

Menerusi pilihan raya dan undi atau bai'ah inilah rakyat boleh menyatakan kepada semua pihak bahawa mereka tak percaya lagi kepada Umno-BN sebagai pemimpin mereka.

Dan jika Umno-BN mendapat bai'ah (undi) yang kecil maka tertolaklah kepimpinannya sebab rakyat di kawasannya tidak lagi mempercayai kepada kemampuannya untuk memerintah mereka.

Isteri cuma boleh mengadu kepada mahkamah syariah dan qadhi di atas kes penderaan itu sebagai suatu langkah protes lantaran si isteri tidak percaya lagi kepada suaminya sebagai pemimpin bagi dirinya, keluarganya dan anak-anaknya.

Itulah prosesnya. Mahkamah itu sebagai SPR juga kalau boleh kita buat sebagai perbandingan buat sementara waktu.

Tiada pilihan raya dalam keluarga

Kemanusiaan, dan agama-agama tidak dapat menerima suatu keadaan di mana sang isteri mengguna saluran pilihan raya keluarga bagi melucutkan kedudukan sang suami sebagai pemimpin keluarga. Si isteri tiada manifesto untuk menundukkan manifesto sang suami.

Tiada lagi kes yang kita dengar setakat ini di mana si isteri akan berkempen kepada anak-anaknya, "Ayuh sekalian anak-anakku. Kita tuntut perubahan. Ubah sebelum parah.

"Bapa kalian sudah terlalu lama memerintah di rumah ini! Lihat, wajah ibu ditamparnya. Tubuh kalian sudah berapa kali dirembat tali pinggang. Undilah ibu sebagai penguasa keluarga!"

Sebab itulah Islam melihat talak sebagai jalan keluar jika isteri tidak lagi mempercayai si suaminya sebagai pemerintah keluarga. 'Bai'ahnya' kepada suami boleh dibatalkan dalam mahkamah syariah di depan qadhi.

Itu jika perhubungan yang termeterai secara terhormat. Dalam hubungan luar nikah atau pun hubungan yang termeterai secara tidak baik, nasib wanita itu memang terdera di bawah Umno-BN dengan lebih teruk lagi.

Belum apa-apa, tubuh telah hangus, rentung, meledak dan berkecai gara-gara C4. Jangan pula dilupakan kes Mustakizah.

Ini semua berkaitan kepercayaan ke atas kepemimpinan. Ini perkara besar. Mengundi dan memangkah kertas undi ertinya kita mahu berbai'ah atau percaya bahawa calon itu boleh memerintah dengan baik.

Jika rakyat membuat undi rosak, mungkin ini bererti rakyat tidak percaya lagi kepada SPR sebagai badan dan lembaga yang menyediakan kepimpinan negara itu.

Hal ini boleh digambarkan dalam insiden mengoyak gambar Pengerusi SPR juga. Semua ini adalah manifestasi kepada betapa tidak percayanya khalayak kepada SPR. Ini pun satu kemungkinan juga yang jarang-jarang dimuhasabahkan oleh SPR.

Allah percaya kepada kemampuan manusia sebagai KhalifahNya

Sebenarnya, selain hubungan pernikahan yang boleh kita gambarkan sebagai kepimpinan yang berteraskan kepada kepercayaan, kita dapat melihat bagaimana percayanya Allah s.w.t itu kepada Adam a.s dan keturunannya sebagai khalifahNya di atas muka bumi ini.

Berasaskan urutan sejarah, malaikat akhirnya memberikan bai'ah dengan sujud tanda mereka percaya kepada Adam a.s sebagai khalifah. Itu pun pada mulanya para malaikat menimbulkan persoalan kepada Tuhan.

Tanya mereka, "Bukankah kami (malaikat) sentiasa memujiMu dan mereka itu (manusia) akan sering melakukan kerosakan lalu bersengketa dan saling berbunuhan?"

Ini kerana, malaikat pada mulanya tidak percaya kepada Adam dan keturunannya untuk memerintah di bumi ini. Tapi, akhirnya mereka akur setelah Allah s.w.t, zat yang maha agung sendiri memperlihatkan kekuatan dan ketajaman ilmu Adam a.s sebagai prasyarat yang melengkapkan pemerintahan mereka sebagai khalifah di bumi itu.

Ertinya, Tuhan sendiri percaya kepada Adam dan meminta malaikat memberikan bai'ah tanda percaya kepada Adam. Lantaran itulah, malaikat pun diberikan bermacam-macam pernghormatan, memberi ilham, membawa rezeki seperti hujan, mendampingi manusia untuk mencatatkan amalan-amalan manusia.



Yang enggan sujud berbai'ah dan mengiktiraf kepimpinan Adam a.s dan zuriatnya adalah Iblis dan keturunannya. Mereka inilah musuh insan sehingga kiamat. Mereka terhina dan terlaknat sampai kiamat. Sesiapa yang mengikuti jejak langkah mereka turut terhina.

Antara manusia yang menjadi penguasa ini ramailah yang mengikuti jejak langkah syaitan dengan mengikuti pesanan ahli sihir dan menyimpan mereka dalam istana seperti Fir'aun.

Umno-BN gunakan tangkal azimat?

Sikap ini juga diikuti sesetengah pimpinan Umno-BN yang menggunakan tangkal azimat menjelang pilihan raya dengan mengikuti arahan dukun-dukun tertentu.

Sebenarnya, hal inilah yang menyebabkan terbatalnya kepimpinan kerana mereka menurut arahan ahli sihir yang berdampingan dengan Iblis yang enggan berbai'ah ke atas Adam sejak awal itu.

Sebab itulah Allah s.w.t sangat murka kepada mereka yang hidup berdampingan dengan perkara syirik khurafat ini kerana Allah sendiri telah percaya manusia sebagai khalifahNya di dunia ini. Tuhan sendiri meminta malaikat yang suci bersujud kepada Adam a.s.

Tiba-tiba, keturunan Adam telah menyembah syaitan. Kepercayaan Allah telah dikhinati manusia itu sendiri. Betapa percayanya Tuhan ke atas manusia sehinggakan Dia memberikan kebebasan untuk manusia mencipta satu sistem yang melahirkan pemimpin dalam kalangan mereka sendiri.

Tuhan hanya pentingkan khalifah dan memberikan kebebasan yang seluas-luasnya serta selebar-lebarnya untuk melantik khalifah dan pemimpin dari kalangan mereka.

Dia yang menciptakan manusia itu bersuku-suku, berbangsa-bangsa, berpuak-puak dengan sistem dan budaya pemerintahan mereka yang tersendiri.

Ada khalifah yang lahir dalam sistem beraja, sistem demokrasi, sistem syura dan lainnya. Allah s.w.t mementingkan khalifah.

Dan hal khilafah sebagai suatu sistem boleh wujud dalam pelbagai rupa bentuk, paras dan wajah kepemimpinan. Itu Tuhan serahkan kepada kebijaksanaan insan kerana Dia sudah percayakan mereka sebagai KhalifahNya di atas muka bumi ini.

Syed Abdul Aziz, mubaligh Islam pertama dari Jeddah yang disebutkan dalam Sulalatus Salatin, tiada masalah langsung dengan sistem istana apabila membawa Islam ke Melaka. Dan, beliau juga tidak mempertikai institusi beraja istana sebagai salah satu daripada sistem khilafah.

Khilafah boleh wujud dalam pelbagai warna, wajah pemerintahan

Sistem khilafah boleh wujud dalam bentuk kuasa istana di mana raja-raja menabalkan putera mahkota sebagai gantian kepada pemerintahannya kemudian hari.

Dalam al-Qur’an disebutkan bagaimana Raja Daud a.s telah memindahkan kekuasaannya ke atas anaknya sebagai Putera Mahkota, Raja Sulaiman a.s yang mewarisi pemerintahan ke atas kerajaan Bani Israel.

Nabi Zulkifli a.s dilantik sebagai raja melalui proses demokrasi di mana seorang raja di sebuah negeri telah mengadakan rapat umum untuk melantik penggantinya.

Semua hal ini menunjukkan bahawa Allah memberikan sepenuhnya kepercayaan ke atas kekasihNya; Khalifah untuk mencipta suatu sistem sebagai kelangsungan melanjutkan pemerintahan.

Jadi, tiada masalahnya demokrasi dengan ajaran Islam. Pun begitu, mungkin ada pihak yang tidak dapat menerima undi sebagai gantian bai'ah. Tapi, hal itu boleh kita bahaskan kemudian. Dan, perbahasan mengenainya bukanlah sampai melukakan hati pula.

Adapun bukti atau hujah kenapa Allah s.w.t memberi keluasan, kebebasan, kepercayaan untuk manusia mencipta dan memilih sendiri sistem pemerintahan itu, adalah kerana Dia yakin dengan ciptaanNya yang terindah dan sempurna, iaitu manusia yang bijaksana dan sifat-sifat kemanusiaan itu amat hampir mirip pula kepada sifat-sifat keagunganNya.

Abdul Qadir 'Audah, seorang pimpinan Ikhwan Muslimin berkata, jika seseorang hakim yang adil berhukum dengan undang-undang yang zalim, nescaya keputusannya adil.

Tapi, tambahnya, jika seseorang hakim yang zalim berhukum dengan undang-undang yang adil, nescaya hal keputusannya itu akan berubah kepada zalim juga akhirnya.

Keputusan bersandarkan kepada hakim (khalifah) dan bukan undang-undang (sistem). Ini bererti, khalifah itu lebih mustahak lagi jika dibandingkan dengan soal khilafah sebagai suatu sistem.

Sebab itulah usaha yang paling penting dalam membentuk peradaban itu adalah usaha melahirkan insan kamil, manusia sempurna perwatakannya. Sistem apa pun yang diangkat, tapi jika pemerintahnya zalim, nescaya pemerintahannya membebankan rakyat.

Undilah sebagaimana kita mahu berbai'ah dalam mencari pemimpin yang amanah. Tetapi, jangan dilupakan bahawa antara ciri pemimpin yang baik itu adalah mereka yang memiliki empat sifat-sifat kerasulan seperti Nabi Muhammad s.a.w, iaitu Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatanah.

Tapi, jika awal-awal lagi sudah menipu mengenai tarikh pembubaran Parlimen, rasa-rasanya kebanyakan daripada kita telah pun boleh mengagak bai'ah undi kali ini kepada siapakah yang mahu kita berikan. Siddiq ertinya benar pertuturan dan tidak menipu.

Satu undi, satu nyawa. Berbai'ahlah kepada khalifah yang kita percaya. Citra topeng hadhari bukan penentu muktamad terhadap kelahiran ratu adil. Jangan percaya kepada penipu. Ingatlah, dajal-dajal adalah penipu besar di hujung nyawa dunia kini.

3:58 pagi, 1 Mac
Sekolah Pemikiran Jalan Pahang Barat


Top
 Profile  
 
 Post subject: Pengundi Kota Raja mahu pembangkang yang kuat di Parlimen
New postPosted: 2008-03-01, 12:14:41 pm 
Offline
User avatar

Joined: 2007-11-22, 01:30:15 pm
Posts: 28881
Location: Di atas nama cinta
Roy Rasul
Sat | Mar 01, 08 | 10:55:37 am MYT

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Hrkh) - Calon PAS bagi kawasan P.111 Kota Raja, Klang, Selangor, Dr Mariah Mahmud berkata, peluang Barisan Alternatif (BA) merampas kerusi tersebut cukup cerah.

Katanya, bahang tersebut dapat dirasai terutamanya dengan kehadiran masyarakat India dalam ceramah-ceramah termasuk ceramah kelompok yang diadakan di kawasan tersebut.

Menurutnya, sambutan daripada kaum India yang jumlahnya melebihi 20 peratus pengundi di Parlimen Kota Raja amat memberansangkan.

Angin perubahan tersebut katanya berbeza berbanding suasana pilihan raya 2004 lalu.

"Saya rasa jika pengundi-pengundi ini konsisten dengan isu-isu yang mereka hadapi sekarang, peluang kita cukup positif," katanya semasa dihubungi Kempen hari ini.



Begitu juga sambutan orang Melayu, sokongan yang diberikan banyak memihak kepada PAS.

Katanya, perbagai isu dibangkitkan penduduk setempat contohnya isu jerebu di kawasan Dun Seri Muda dan Sri Andalas.

Selain itu dakwanya isu jenayah seperti wujudnya kumpulan-kumpulan gengster mula dibimbangi penduduk.

Turut dibangkitkan penduduk ialah isu cukai pintu, perparitan, jalan raya dan isu pendidikan khasnya sekolah agama

Dalam pada itu katanya, akibat tindakan ahli parlimen dulu yang tidak menjengoh mereka, beliau telah ditemplak oleh penduduk ketika melakukan program merayu undi dari rumah ke rumah.

"Ada yang berkata masa hendak mengundi baru tunjuk muka tetapi apabila menang langsung tidak pedulikan mereka," katanya.

Katanya, reaksi yang diterima beliau itu menunjukkan wakil rakyat yang dipilih mereka tidak mengambil berat terhadap mereka.

Sementara itu, pengundi Cina meminta mereka dilayan sama rata.

Pengundi Cina juga mengharap pembangkang menjadi kuasa yang kuat di parlimen.

Perkembangan itu katanya, menampakkan pengundi di parlimen Kota Raja positif terhadap pembangkang. - mns


Top
 Profile  
 
 Post subject: Tidak bertemu, bagaimana hendak bersalam?
New postPosted: 2008-03-01, 12:16:07 pm 
Offline
User avatar

Joined: 2007-11-22, 01:30:15 pm
Posts: 28881
Location: Di atas nama cinta
Mohd Rashidi Hassan
Sat | Mar 01, 08 | 10:59:13 am MYT

Sekali lagi Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjadi mangsa fitnah pemimpin Barisan Nasional yang mendakwa beliau enggan bersalam dengan penentangnya, Dato' Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir bagi kerusi Parlimen Marang.

Isu tersebut dibangkitkan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Idris Jusoh yang mendakwa Ustaz Hadi angkuh kerana enggan bersalam dengan Setiausaha Politik beliau.

Bagi rakyat yang mempercayai bahawa media massa pro BN lebih daripada mempercayai al-Quran, sudah tentu akan terdorong mempercayai bahawa pemimpin PAS itu mempunyai sikap yang tidak baik.

Hakikat sebenar yang berlaku tidak seperti digambarkan. Penulis yang berada mengiringi pemimpin PAS berarak ke pusat penamaan calon di Pejabat Daerah Marang dan sepanjang masa berada di presmis tersebut sehingga pengumuman calon dibuat, yakin Idris Jusoh dan Ramzi Zubir berbohong.

Ketika rombongan Presiden PAS sampai, mereka terus diarahkan naik ke tingkat dua Pejabat Daerah Marang dan ditempatkan di sebuah bilik mesyuarat yang mempunyai ruang bilik luar yang tertutup dari pandangan, di sebelah kanan bangunan.

Manakala calon BN yang tiba lebih awal ditempatkan di bilik sebelah kiri bangunan.

Apabila tiba waktu penamaan dibuka pegawai SPR memanggil calon-calon BN memasuki bilik penamaan calon terlebih dahulu sehingga selesai, kemudian barulah dipanggil calon-calon PAS pula.

Selepas selesai pencalonan dilakukan, sepanjang tempoh borang dipamerkan dan proses bantahan, pemimpin-pemimpin PAS, khususnya Ustaz Hadi sepanjang masa berada di bilik mesyuarat.

Manakala calon-calon BN yang berada di bilik bersebelah, sekali sekala dilihat berkumpul di tangga bangunan untuk menghisap rokok.

Sepanjang masa rombongan kedua-dua pihak tidak langsung bertembung. Ustaz Hadi tidak keluar dari bilik mesyuarat.

Semasa pengumuman calon dibuat di tingkat satu bangunan, Ustaz Hadi juga tidak turun bersama rombongan BN.

Ketika itu Ramzi kelihatan menghantar wakilnya memanggil Presiden PAS, turun ke tingkat satu (tempat pengumuman dibuat) untuk jurufoto merakamkan gambar-gambar calon.

Dengan sopan Ustaz Hadi menjawab, "Tidak payahlah..gambar saya sudah banyak." Mendengan jawapan itu, terus wakil calon BN tersebut berlalu.

Tidak ada perlingkahan, tidak ada penolakan untuk berjabat tangan, malah kedua-duanya tidak langsung bertembung.

Lantaran mengapakah pemimpin Umno/BN beria-iya hendak memburuk-burukkan pemimpin PAS?

Hakikat sebenar yang cuba disembunyikan oleh Idris Jusoh adalah penolakan ahli-ahli Umno Marang terhadap Ramzi dan beliau sendiri. - mns


Top
 Profile  
 
 Post subject: Serius: Lambat laun kerajaan kena tukar juga
New postPosted: 2008-03-01, 12:19:02 pm 
Offline
User avatar

Joined: 2007-11-22, 01:30:15 pm
Posts: 28881
Location: Di atas nama cinta
Maulana Purnama
Sat | Mar 01, 08 | 11:10:46 am MYT

Barisan Nasional (BN) mesti terima hakikat bahawa mereka tidak boleh memerintah negara selama-lamanya. Pada satu hari, kalau tidak Barisan Alternatif (BA) pun, suatu gabungan parti-parti alternatif atau pembangkang wajar mengambil alih kuasa. Kalau tidak dalam pilihan raya ini, pilihan raya pada masa-masa akan datang. Persiapan untuk itu perlu dilakukan.

Perubahan kerajaan bukan soal memberi peluang kepada pihak pembangkang, atau cuba pembangkang untuk satu penggal. Ia bukan memberi peluang atau eksperimen, tetapi hakikat dalam politik demokrasi pelbagai parti. Satu parti atau gabungan tidak boleh terius-menerus memerintah. Perubahan mesti berlaku. Satu hari parti alternatif bukan saja dapat memerintah satu penggal, tetapi berpenggal-penggal.

Dalam demokrasi, rakyat boleh tukar kerajaan. Setelah 50 tahun Umno menerajui kerajaan, masanya sudah sampai, sebelum keadaan menjadi bertambah parah untuk menukar kerajaan. Kerajaan baru kelak boleh diuji. Kalau tidak berpuas hati, rakyat boleh tukar kembali kepada BN. Kalau tidak, boleh terus menerima kerajaan baru hingga kepada penggal-penggal akan datang.

Apa yang penting sekarang, budaya bertukar-tukar kerajaan harus bermula, lebih baik dalam pilihan raya ini. Kalau tidak, persiapan untuknya juga boleh dilakukan. Pada hakikatnya kerajaan Malaysia juga sudah berubah sejak negara mencapai kemerdekaan. Dahulu dalam bentuk Perikatan. Dengan penubuhan Malaysia, kerajaan berubah dengan Perikatan turut bergabung dengan Perikatan Sarawak dan Perikatan Sabah. Selepas 13 Mei 1969, kerajaan berubah sekali lagi dengan penubuhan BN yang di dalamnya parti Gerakan, PAS dan Parti Progresif Rakyat (PPP).

Tetapi sepanjang masa itu, teras kerajaan adalah Umno. Bagaimanapun Umno sendiri berubah padsa tahun 1987 dengan penubuhan Umno Baru. Hakikatnya Umno sebenar telah menjadi pembangkang ketika itu iaitu dipimpin oleh Tengku Razaleigh dan disokong oleh Tunku Abdul Rahman dan Hussein Onn dalam bentuk Parti Semangat 46. Sepuluh tahun kemudian barulah Umno asal pulih apabila Semangat 46 dibubarkan dengan ahli-ahlinya menyertai Umno Baru. Hakikatnya ia merupakan gabungan atau merger antara Umno Baru dan Parti Melayu Semangat 46.

Tetapi perubahan-perubahan ini tidak mencukupi. Ia memerlukan peralihan kerajaan besar-besaran dengan melibatkan perbezaan fahaman. Walaupun parti-parti pembangkang mempunyai pandangan yang ada kalanya bertentangan antara satu sama lain, umpamanya antara PAS dan DAP, tetapi perbezaan ini merupakan sebahagian daripada kepelbagaian yang menjadi kelebihan kepada mereka.

Bagaiamanpun, secara umumnya semua parti pembangkang, baik Barisan ALternatif mahupun DAP mempunyai platfom yang sama iaitu keadilan, kebebasan, demoikrasi, liberalisme san bermoral. Melihat manifesto-manifesto PAS, Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP kelihatan nilai yang diperjuangkan adalah sama. Iaitu menentang rasuah dan berorientasikan kepentingan rakyat. Begitu juga dengan manifesto Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang bertanding atas tiket PKR dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang enggan bergabung dengan PKR.

BN boleh kata bahawa mereka juga menentang rasuah. Tetapi rekod Umno melalui Perikatan dan BN sepanjang 50 tahun negara mencapai kemerdekaan adalah jelas. Walaupun adanya pembaharuan usaha di pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan usaha tindakan undang-undang, tetapi rakyat meragui keikhlasan dan keazaman BN untuk membanteras rasuah. Isu istana Adun di Klang dan projek-projek membazir yang berlaku di merata-rata menimbulkan syak wasangka mengenai budaya korupsi, kolusi dan nepotisme Umno.

Umno dan BN boleh menyatakan bahawa mereka juga berorientasikan rakyat. Tetapi apa yang disaksikan sikap memberi kelebihan kepada Umnoputera menampakkan wajah sebaliknya. Sememangnya Umno dan BN akan menuduh pembangkang membuat tohmahan dan fitnah. Tetapi perkara-perkara ini berlaku kerana sikap tidak telus kerajaan pimpinan Umno dalam soal pemberian-pemberian projek atau permit import.

Namun begitu dapat difahami parti-parti pembangkang juga mampu melakukan kesalahan-kesalahan ini. Dapat difahami bahawa pemilikan kuasa membuka ruang korupsi. Tetapi masa juga menambahkan lagi ruang. Sesuatu pihak yang berkuasa dalam tempoh yang lama akan terdedah kepada korupsi berbanding mereka yang hanya memerintah pada jangka waktu yang pendek.

Satu cara bagi mengelak rasuah ialah dengan mengadakan sistem dua parti di mana pembangkang juga berpeluang untuk menang pilihan raya dan menubuhkan kerajaan. Justeru keadaan di mana pihak pembangkang menang dalam pilihan raya dan menerajui kerajaan adalah penting bagi kebaikan negara.

Selama 50 tahun, Umno telah mewujudkan budaya kronisme yang akhirnya membuka ruang kepada korupsi. Jika mereka mampu dijatuhkan sebagai kerajaan, sudah tentu korupsi ini dapat dielakkan. Satu cara berpolitik yang baru perlu diwujudkan bagi memajukan negara di samping menerapkan keadilan. - mns


Top
 Profile  
 
 Post subject: Kelantan: Pas kuat atau BN lemah?
New postPosted: 2008-03-01, 12:22:01 pm 
Offline
User avatar

Joined: 2007-11-22, 01:30:15 pm
Posts: 28881
Location: Di atas nama cinta
A Kadir Jasin
Sat | Mar 01, 08 | 11:21:06 am MYT

SEANDAINYA PAS terus berkuasa di Kelantan selepas 8 Mac ini – yang nampak-nampaknya begitulah – masalahnya bukan kerana strategi parti itu hebat atau janji-janjinya tinggi melangit.

PAS ada strategi dan janji. Di Kelantanlah strategi PAS paling terserlah dan terbukti berkesan sejak pilihan raya umum 1990, apabila ia kembali menguasai negeri itu.

Namun begitu, strategi dan janji PAS tidak pernah dan tidak mungkin sehebat strategi dan janji Umno. Umno boleh mengemukakan strategi yang paling canggih dan menjanjikan peruntukan mega.

Ironinya, jika Umno gagal merampas semula Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) ini, puncanya bukanlah kerana ia kurang perancangan tetapi kerana terlebih merancang, berstrategi dan berjanji.

Di Kelantanlah Umno mempamerkan paling banyak kepelbagaian – daripada kepelbagaian daerah kepada perwatakan, status sosial dan cita-cita.

Daripada kepelbagaian inilah muncul watak-watak yang saling sokong-menyokong dan pada masa yang sama potong-memotong seperti Annuar Musa, Awang Adek Hussin, Mustapa Mohamed, Tengku Razaleigh Hamzah, Ibrahim Ali dan Zaid Ibrahim. Ibrahim kali ini bertanding atas tiket PAS dan Zaid tidak dicalonkan semula setelah disingkirkan daripada Umno.

Yang tentunya diketahui oleh Umno Kelantan dan oleh lawannya, PAS adalah kedudukan sebenar perpaduan dan keakraban yang wujud di kalangan pelbagai kelompok dan kepentingan ini.

Senario dan persoalan semasa adalah lebih kurang seperti berikut:

1. Kegigihan untuk kembali menguasai Kelantan ada kaitan dan perkiraan dengan pemilihan Umno yang akan diadakan selepas PRU;

2. Umno Kelantan kini dikepalai oleh Annuar dalam kapasitinya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri. Annuar pasti ada cita-cita untuk kembali menjadi menteri atas dasar keakrabannya dengan Perdana Menteri;

3. Awang Adek dicalonkan sebagai bakal Menteri Besar jika BN menang. Dengan jawatan itu, dia lebih berhak menjadi Pengerusi Perhubungan. Soalnya bolehkah Annuar menerima hakikat ini?;

4. Apakah Annuar tidak mempunyai “calonnya” sendiri untuk mengisi jawatan Menteri Besar?;

5. Apakah Awang Adek mendapat sokongan ikhlas dan padu daripada semua “panglima” politik Kelantan yang pelbagai itu?;

6. Bagaimana halnya dengan Mustapa yang dilihat sebagai seorang yang sederhana dan berpengalaman dan lebih sesuai menjadi MB jika BN menang?;

7. Faktor Tengku Razaleigh Hamzah. Walaupun jelas dipinggirkan dan cuba disekat daripada mempunyai sebarang pengaruh di luar daripada Gua Musang, Ku Li terus menghuni hati sanubari rakyat Kelantan;

8. Ku Li terus dilihat sebagai satu-satunya pemimpin Umno yang berkedudukan untuk mencabar status quo parti pada pilihan Umno akan datang;

9. Akhir sekali, apa yang boleh diistilahkan sebagai faktor luar, yang mungkin dimainkan oleh watak-watak tertentu di negeri itu yang berpengaruh ke atas pengundi. Dalam konteks ini saya tidak bermaksud Istana.

(Seorang veteran politik Umno yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri/Menteri Besar dan bertanding PRU 1999 merujuk kepada peranan yang mungkin dimainkan oleh usahawan perikanan Nik Sapeai Nik Yusuf dan Zaid Ibrahim).

Janji-janji pembangunan mega dan serangan hebat ke atas Kerajaan PAS tidak dijangka memberi kesan "landslide" (tanah runtuh) kepada BN.

Seandainya majoriti pengundi Kelantan boleh digula-gulakan dengan janji dan ancaman, BN sudah pun menguasai negeri itu pada PRU lalu apabila sentimen pemilih memihak kepada BN kerana faktor "Orang Baik".

Dalam PRU itu, ketika sentimen umumnya condong kepada BN, parti itu menang tujuh daripada 12 kerusi Parlimen dan 20 daripada 45 kerusi negeri. Ia menang satu lagi kerusi Dun iaitu Pengkalan Pasir melalui pilihan raya kecil.

Para strategis Umno/BN pasti mengambil kira hakikat bahawa majoriti daripada kemenangan itu adalah dengan kelebihan undi yang kecil.

Teori popular sekarang adalah sokongan pengundi kali ini mungkin berpindah semula kepada pembangkang setelah mereka berpeluang menilai aspek positif dan negatif kepemimpinan "Orang Baik" itu sejak empat tahun lalu.

Kesimpulannya adalah tidak bijak bagi Umno/BN Kelantan mencurahkan air dari tempayan kerana mendengar guruh di langit dan memipis lada kerana nampak burung di langit. - mns


Top
 Profile  
 
 Post subject: Kelantan: Pas kuat atau BN lemah?
New postPosted: 2008-03-01, 12:22:04 pm 
Offline
User avatar

Joined: 2007-11-22, 01:30:15 pm
Posts: 28881
Location: Di atas nama cinta
A Kadir Jasin
Sat | Mar 01, 08 | 11:21:06 am MYT

SEANDAINYA PAS terus berkuasa di Kelantan selepas 8 Mac ini – yang nampak-nampaknya begitulah – masalahnya bukan kerana strategi parti itu hebat atau janji-janjinya tinggi melangit.

PAS ada strategi dan janji. Di Kelantanlah strategi PAS paling terserlah dan terbukti berkesan sejak pilihan raya umum 1990, apabila ia kembali menguasai negeri itu.

Namun begitu, strategi dan janji PAS tidak pernah dan tidak mungkin sehebat strategi dan janji Umno. Umno boleh mengemukakan strategi yang paling canggih dan menjanjikan peruntukan mega.

Ironinya, jika Umno gagal merampas semula Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) ini, puncanya bukanlah kerana ia kurang perancangan tetapi kerana terlebih merancang, berstrategi dan berjanji.

Di Kelantanlah Umno mempamerkan paling banyak kepelbagaian – daripada kepelbagaian daerah kepada perwatakan, status sosial dan cita-cita.

Daripada kepelbagaian inilah muncul watak-watak yang saling sokong-menyokong dan pada masa yang sama potong-memotong seperti Annuar Musa, Awang Adek Hussin, Mustapa Mohamed, Tengku Razaleigh Hamzah, Ibrahim Ali dan Zaid Ibrahim. Ibrahim kali ini bertanding atas tiket PAS dan Zaid tidak dicalonkan semula setelah disingkirkan daripada Umno.

Yang tentunya diketahui oleh Umno Kelantan dan oleh lawannya, PAS adalah kedudukan sebenar perpaduan dan keakraban yang wujud di kalangan pelbagai kelompok dan kepentingan ini.

Senario dan persoalan semasa adalah lebih kurang seperti berikut:

1. Kegigihan untuk kembali menguasai Kelantan ada kaitan dan perkiraan dengan pemilihan Umno yang akan diadakan selepas PRU;

2. Umno Kelantan kini dikepalai oleh Annuar dalam kapasitinya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri. Annuar pasti ada cita-cita untuk kembali menjadi menteri atas dasar keakrabannya dengan Perdana Menteri;

3. Awang Adek dicalonkan sebagai bakal Menteri Besar jika BN menang. Dengan jawatan itu, dia lebih berhak menjadi Pengerusi Perhubungan. Soalnya bolehkah Annuar menerima hakikat ini?;

4. Apakah Annuar tidak mempunyai “calonnya” sendiri untuk mengisi jawatan Menteri Besar?;

5. Apakah Awang Adek mendapat sokongan ikhlas dan padu daripada semua “panglima” politik Kelantan yang pelbagai itu?;

6. Bagaimana halnya dengan Mustapa yang dilihat sebagai seorang yang sederhana dan berpengalaman dan lebih sesuai menjadi MB jika BN menang?;

7. Faktor Tengku Razaleigh Hamzah. Walaupun jelas dipinggirkan dan cuba disekat daripada mempunyai sebarang pengaruh di luar daripada Gua Musang, Ku Li terus menghuni hati sanubari rakyat Kelantan;

8. Ku Li terus dilihat sebagai satu-satunya pemimpin Umno yang berkedudukan untuk mencabar status quo parti pada pilihan Umno akan datang;

9. Akhir sekali, apa yang boleh diistilahkan sebagai faktor luar, yang mungkin dimainkan oleh watak-watak tertentu di negeri itu yang berpengaruh ke atas pengundi. Dalam konteks ini saya tidak bermaksud Istana.

(Seorang veteran politik Umno yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri/Menteri Besar dan bertanding PRU 1999 merujuk kepada peranan yang mungkin dimainkan oleh usahawan perikanan Nik Sapeai Nik Yusuf dan Zaid Ibrahim).

Janji-janji pembangunan mega dan serangan hebat ke atas Kerajaan PAS tidak dijangka memberi kesan "landslide" (tanah runtuh) kepada BN.

Seandainya majoriti pengundi Kelantan boleh digula-gulakan dengan janji dan ancaman, BN sudah pun menguasai negeri itu pada PRU lalu apabila sentimen pemilih memihak kepada BN kerana faktor "Orang Baik".

Dalam PRU itu, ketika sentimen umumnya condong kepada BN, parti itu menang tujuh daripada 12 kerusi Parlimen dan 20 daripada 45 kerusi negeri. Ia menang satu lagi kerusi Dun iaitu Pengkalan Pasir melalui pilihan raya kecil.

Para strategis Umno/BN pasti mengambil kira hakikat bahawa majoriti daripada kemenangan itu adalah dengan kelebihan undi yang kecil.

Teori popular sekarang adalah sokongan pengundi kali ini mungkin berpindah semula kepada pembangkang setelah mereka berpeluang menilai aspek positif dan negatif kepemimpinan "Orang Baik" itu sejak empat tahun lalu.

Kesimpulannya adalah tidak bijak bagi Umno/BN Kelantan mencurahkan air dari tempayan kerana mendengar guruh di langit dan memipis lada kerana nampak burung di langit. - mns


Top
 Profile  
 
 Post subject: Dato’ Syeikh Azmi dalam kenangan
New postPosted: 2008-03-01, 12:24:38 pm 
Offline
User avatar

Joined: 2007-11-22, 01:30:15 pm
Posts: 28881
Location: Di atas nama cinta
Zainudin Hashim
Sat | Mar 01, 08 | 11:32:30 am MYT

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Hrkh)
– Mantan Mufti kerajaan negeri Pulau Pinang, Dato’ Syeikh Azmi bin Ahmad, telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.40 pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN) setelah mengalami sakit jantung dan kencing manis.

Jenazah telah selamat tiba di Masjid al-‘Itisam, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI Jaya) pada jam 10.00 pagi untuk pengurusan dan solat jenazah akan diadakan sejurus selepas solat Zuhur. Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21.

Menurut Tengku Ahmad Tengku Kasim yang merupakan adik ipar Almarhum, antara pimpinan yang akan tiba termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Dato' seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, anaknya Nurul Izzah, calon PAS Shah Alam, Ir Khalid Samad, pimpinan parti Keadilan dan PAS Shah Alam, kenalan, anak-anak murid Almarhum yang akan datang dari Kedah.

Almarhum yang pada mulanya mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Kompleks Anjung Rahmat, kemudian ke Kampung Baru Medical Centre (KBMC) di Kampung Baru dan kemudiannya dimasukkan pula ke IJN.

Almarhum Dato' Syeikh Azmi dilahirkan di Batas Liku, Arau, Perlis pada 10 Ogos 1943. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Arau. Kemudian menyambung pengajian menengah di Sekolah Arab Alawiyyah Arau.

Setelah tamat pengajian menengah, anak kedua kepada pasangan Hj. Ahmad Bin Long dan Melor Binti Musa ini kemudiannya menyambung pengajian di Universiti Baghdad, Iraq dalam bidang Pengajian Syariah & Kesusteraan Arab sehingga memperolehi B.A dalam bidang tersebut bersama-sama pimpinan PAS seperti Ustaz Hashim Jasin, Ustaz Hassan Syukri, Ustaz Jalaluddin Abdul Wahid dan Ustaz Abdul Halim (bekas Pegawai Agama Felda).

Setelah kembali ke tanah air, beliau mendirikan rumah tangga dengan Puan Balkis Binti Musa pada bulan April, 1971 dan kini mempunyai 8 orang anak (2 perempuan dan 6 lelaki). Pada mula kerjayanya bertugas sebagai Pegawai Penerangan Agama di Jabatan Hal Ehwal Agama, Perak.

Setelah itu, dilantik menjadi Kadi di Kedah sebelum dilantik menjadi Timbalan Kadi Besar di Kedah. Ketika bertugas di Alor Setar ini, beliau pernah mengikuti kursus Pengajian Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1987) dan memperolehi Diploma Kehakiman dan Pentadbiran Hukum Syara' dan kemudiannya mengikuti kursus di The Muslim Collegge, London (1990) selama 6 bulan.

Almarhum merupakan bekas Mufti Pulau Pinang (1992-1997), bekas Ketua Hakim Mahkamah Syarie Pulau Pinang (1998-1999), dan pernah juga menyandang jawatan sebagai Y.A.A. Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Labuan).

Almarhum juga merupakan bekas Naib Presiden Parti KeAdilan Nasional (sekarang Parti Keadilan Rakyat).

Warga kerja Harakah mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya bersama orang-orang soleh. - mns


Top
 Profile  
 
 Post subject: Negara boleh bankrap kerana BN amal dasar kronisme - Dr Lo'L
New postPosted: 2008-03-01, 05:42:52 pm 
Offline
User avatar

Joined: 2007-11-22, 01:30:15 pm
Posts: 28881
Location: Di atas nama cinta
Nur Ab Rahman
Sat | Mar 01, 08 | 12:46:29 pm MYT

SETAPAK, 1 Mac (Hrkh) – Jika Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat dalam pilihan raya umum kali, negara ini mungkin boleh bankrap kerana dasar pemerintahan BN yang mengamalkan kronisme dan rasuah, tegas calon PAS P.119 Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Datuk Haji Mohd Ghazali.

Tegas beliau, walaupun BN sudah menguasai hampir 50 tahun, masih ramai lagi rakyat di negara ini hidup menderita kemiskinan akibat kenaikan pelbagai kos hidup, sedangkan para pemimpin BN tidak pernah sunyi dari masalah rasuah dan kronisme. Image

"Malah negara sentiasa tidak cukup duit kerana ramai pemimpin mereka yang terlibat dengan rasuah, pengagihan wang yang tidak amanah, peruntukkan wang Petronas berbilion ringgit itu digunakan untuk menyelamatkan kroni-kroni di samping pelbagai pembaziran di sana sini.

"Ini terbukti apabila dalam pilihan raya kali ini, banyak senarai nama pemimpin BN yang digugurkan sebagai calon ekoran terlibat dalam politik wang. Sukarnya Pengerusi BN, Pak Lah untuk memilih calon-calon mereka yang betul-betul bersih.

"Tapi PAS dan rakan kita dalam Barisan Alternatif memberi jaminan calon-calon yang dikemukakan adalah gabungan ulama dan professional yang mampu mewakili suara rakyat dalam Parlimen," ujar Dr Lo'Lo' dalam ceramah umum di Desa Rejang dekat sini, malam tadi.

Beliau menyelar kenyataan pemimpin BN sebelum ini kononnya negara akan bankrap atau muflis kerana tidak cukup duit untuk melaksanakan dasar negara kebajikan seperti yang dijanjikan di dalam manifesto PAS.

Tambah Dr Lo'Lo', jika sumber wang negara ditadbir dengan amanah dan untuk kepentingan rakyat, negara tidak akan jadi bankrap.

"Semasa PAS mengambil alih pemerintahan di Kelantan, pemimpin Umno menyatakan kerajaan negeri akan bankrap dalam tempoh enam bulan. Tapi sekarang, kita sudah buktikan selama 18 tahun. Pembangunan di Kelantan sama seperti di negeri lain, anda boleh datang dan boleh lihat sendiri kemajuan di sana," katanya.

Katanya lagi, tidak ada sebab rakyat tidak boleh memberi kepercayaan kepada BA atau sekurang-kurangnya dapat menafikan majoriti dua pertiga kerajaan yang memerintah.

"Apabila ada suara pembangkang yang kuat, tidak akan sewenang-wenangnya kerajaan BN membelanjakan wang rakyat untuk projek-projek mega sedangkan rakyat masih menderita. Sudah 50 tahun kita merdeka, apa yang berlaku pada rakyat ialah rakyat tidak ada rumah, sebaliknya menumpang di negara sendiri.

"InsyaAllah jika BA memerintah, kita akan memastikan setiap rakyat memiliki sebuah rumah yang sekurang-kurangnya mempunyai tiga buah bilik," katanya di hadapan kira-kira 1,000 penduduk perumahan rakyat (PPR) Desa Rejang.

Dalam majlis ceramah itu juga, PAS melancarkan Kelab Penyokong PAS di kalangan pengundi berbangsa Cina dan India. Sebanyak 30 helai t-shirt kelab telah diagihkan kepada mereka.

Sambutan di kalangan masyarakat berkenaan begitu mengagumkan, apatah lagi dengan kehadiran Naib Pengerusi Kelab Penyokong PAS Seremban merangkap Titiwangsa, Saudara Vincent Lee Yeow Pong yang turut memberikan ceramah ringkas dalam bahasa Mandarin.

Orang ramai terutama Cina dan India berpusu-pusu mendekati calon PAS untuk menyuarakan segala permasalahan yang mereka hadapi di kawasan tersebut yang gagal ditangani oleh pemimpin BN sebelum ini.

Turut berucap Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusuf, Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan, Cikgu Ishak Surin dan timbalannya, Tarmizi Mohd Jam. - mns


Top
 Profile  
 
 Post subject: Dr Lo'Lo' tembusi PPR Desa Rejang, lancarkan Kelab Penyokong
New postPosted: 2008-03-01, 05:45:08 pm 
Offline
User avatar

Joined: 2007-11-22, 01:30:15 pm
Posts: 28881
Location: Di atas nama cinta
Dr Lo'Lo' tembusi PPR Desa Rejang, lancarkan Kelab Penyokong PAS

Tarmizi Mohd Jam
Sat | Mar 01, 08 | 1:22:11 pm MYT

SETAPAK, 1 Mac (Hrkh) - Calon PAS Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali berjaya menarik perhatian lebih 500 orang penghuni Penempatan Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, dalam kawasan Parlimen Setiawangsa malam tadi.

PPR ini merupakan pengundi terbesar di Titiwangsa yang dulunya menetap di Flat Pekeliling, Jalan Tun Razak yang kini sudah dirobohkan, tidak jauh dari PWTC.

Adalah dianggarkan tidak kurang dari 7,000 pengundi di sini mengundi di Titiwangsa. Mereka dipindahkan ke PPR Desa Rejang kira-kira dua tahun lalu.

Dalam ceramah malam tadi, Dr Lo'Lo' mengajak agar penghuni di sini melakukan perubahan dan memberi peluang kepada PAS menggantikan BN yang telah bertapak lebih 50 tahun di Titiwangsa.

"Ini penting bagi kita membetulkan perjalanan negara kita yang kian tempang dan porak-peranda. Selagi gejala rasuah dan pembaziran gagal ditangani dengan baik, maka selagi itu rakyat tertekan dengan pelbagai kenaikan harga barang," jelas beliau.

Respons baik penghuni PPR itu dapat dirasai dengan pekikan dan sorakan mereka setiap kali Dr Lo'Lo' bertanyakan "betul atau tidak".

Dr Lo'Lo' turut menghuraikan tawaran manifesto PAS yang akan diberikan kepada rakyat jika parti alternatif memerintah negara.

Antaranya, beliau menyentuh, PAS akan menyediakan rumah milik penuh kepada penghuni PPR, menghapuskan PTPTN, memberi pendidikan dan rawatan kesihatan percuma, menurunkan harga minyak dan membangunkan negara untuk keselesaan rakyat.

Pada majlis itu, Dr Lo'Lo' melancarkan Kelab Penyokong PAS PPR Desa Rejang dan menyerahkan logo calon serta tshirt "PAS For All" kepada wakil kaum Tionghua, Ah Leong dan wakil kaum India, Ghani.

Turut berkempen malam tadi ialah Pengarah Pilihan Raya PAS Wilayah dan Timbalannya, Ishak Surin dan Tarmizi Mohd Jam, Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabky Yusuf, Exco Pemuda PAS Wilayah, Zamri dan Ustaz Azhar Yahya, Exco Dewan Ulama PAS Wilayah. - mns


Top
 Profile  
 
Display posts from previous:  Sort by  
Post new topic Reply to topic  [ 25 posts ]  Go to page 1, 2, 3  Next

All times are UTC + 8 hours


Who is online

Users browsing this forum: MSN [Bot] and 1 guest


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum

Search for:
Jump to:  
cron
Powered by phpBB © 2000, 2002, 2005, 2007 phpBB Group
Free Forum : phpbb3now.com

PlayStation style by Scott Stubblefield