It is currently 2010-09-03, 03:40:23 am

All times are UTC + 8 hours





Post new topic Reply to topic  [ 10 posts ] 
Author Message
 Post subject: TAMAN TAMADUN ISLAM TTI
New postPosted: 2008-02-08, 12:30:53 pm 
Offline
User avatar

Joined: 2007-11-22, 01:30:15 pm
Posts: 28881
Location: Di atas nama cinta
700,000 dijangka lawat TTI

Oleh Baharom Bakar

Image
CARA TRADISIONAL: Idris menunjukkan perutusan
ketika merasmikan Perkampungan Hadhari di TTI
di Kuala Terengganu, semalam sambil disaksi
Abdul Mutalib.


Taman Tamadun Islam dibuka sempena program Perkampungan Hadhari


KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri menganggarkan lebih 700,000 pelancong, termasuk dari Timur Tengah akan melawat Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man, di sini, sepanjang sembilan hari Perkampungan Hadhari, bermula semalam.

TTI yang dibina membabitkan peruntukan RM250 juta di atas tapak seluas 23 hektar dan mengandungi 21 Monumen Islam terunggul itu buat julung kalinya dibuka secara rasmi kepada orang ramai sempena Perkampungan Hadhari.

Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata kerajaan belum menetapkan kadar bayaran masuk yang akan dikenakan kepada pengunjung apabila TTI dibuka kepada umum mulai bulan depan.

Bagaimanapun katanya, bayaran masuk yang akan dikenakan ke TTI yang turut mengandungi Masjid Kristal tidak membebankan pengunjung.

"Apabila TTI dibuka kepada umum bulan depan, kerajaan negeri menjangkakan lebih satu juta pelancong dari dalam dan luar negara, terutama pelancong dari Timur Tengah akan mengunjunginya dalam tempoh setahun," katanya selepas melawat pameran pelbagai agensi kerajaan sempena program Perkampungan Hadhari, di sini, semalam.

Sebelum itu, Idris diwawancara pengacara, Aziz Desa dan disiarkan secara lintas langsung oleh TV9.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Induk Perkampungan Hadhari, Datuk Wan Hisham Wan Salleh dan Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Abdul Mutalib Abdul Razak.

TTI akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kira-kira jam 8.45 malam, Ahad ini.

Idris berkata, antara monumen menarik di taman tema berunsurkan Islam itu ialah Masjid Besar Samarra, Iraq yang kini tidak wujud lagi apabila musnah dibom tentera Barat pada tahun 2005.

"Imam masjid beberapa negara di Timur Tengah, termasuk Iraq yang diundang kerajaan negeri untuk mengimamkan solat di masjid di negeri ini kagum dengan kehalusan dan keaslian replika masjid di TTI.

"Mereka yang berkesempatan melawat TTI kagum apabila replika 21 masjid yang dibina mengikut spesifikasi monumen sebenar, termasuk rupa bentuk, warna dan tekstur bangunan," katanya.

Idris berkata, pembinaan TTI mengandungi dua zon iaitu kompleks yang mempamerkan replika monumen terunggul dalam sejarah kegemilangan Tamadun Islam.

"Kerajaan negeri bercadang membina kincir angin yang saiznya lebih besar dan menyamai kincir angin digunakan masyarakat Islam di zaman lampau," katanya.


Top
 Profile  
 
 Post subject: Taman Tamadun Islam mercu tanda baru negara
New postPosted: 2008-02-09, 12:10:51 pm 
Offline
User avatar

Joined: 2007-11-22, 01:30:15 pm
Posts: 28881
Location: Di atas nama cinta
Image
BERATUS-RATUS pengunjung Perkampungan Hadhari tiba
dengan menggunakan bot penambang di Pulau Wan Man,
Kuala Terengganu, semalam.
KUALA TERENGGANU 2 Feb. - Taman Tamadun Islam (TTI), satu-satunya taman tema yang menempatkan replika monumen yang indah dan bersejarah dalam dunia Islam kini bukan sahaja menjadi mercu tanda baru Terengganu, malah negara ini.

Taman seluas 33 hektar di Pulau Wan Man dekat sini itu menempatkan 21 replika monumen terkenal di seluruh dunia yang menawarkan segala keindahan, keunikan dan kehalusan seni bina Islam.

Antara replika monumen yang boleh dinikmati kehalusan seni binanya adalah Taj Mahal (India), Al-Hambra (Sepanyol), Menara Kaylan (Uzbekistan) dan Kudus Minar (Indonesia).

Replika monumen bersejarah yang lain ialah Masjid Samarra (Iraq), Kompleks Suleyman (Turki), Sheikh Lutfallah (Iran), Masjid Xian (China), Kul Sharif (Rusia) dan Qairawan (Tunisia).

Turut ditempatkan di taman tersebut yang akan dirasmikan pembukaannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam esok itu adalah masjid bersejarah iaitu Masjid Al-Aqsa.

Tarikan utama lain adalah Masjid Kristal yang kini merupakan antara mercu tanda baru bagi negeri Terengganu Darul Iman.

Masjid Kristal mempunyai ciri-ciri dan reka bentuk yang keseluruhannya mempamerkan identiti Terengganu terutama hiasan unik dengan kaligrafi tempatan.

Serentak dengan perasmian TTI, Perdana Menteri akan turut melancarkan program Perkampungan Hadhari iaitu program pertama yang diadakan di TTI.

TTI yang mula dibina sejak awal tahun lepas membabitkan kos sebanyak RM249.3 juta terbuka untuk kunjungan masyarakat Islam dan bukan Islam.

Bagi kemudahan orang ramai untuk mengunjungi taman tersebut sempena program Perkampungan Hadhari selama sembilan hari mulai semalam, kerajaan negeri menyediakan 20 buah bas percuma setiap hari iaitu dari Shahbandar, Simpang Tok Ku, Mydin Mall dan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM).

Turut disediakan adalah kemudahan bot penambang secara percuma iaitu di Seberang Takir dan Shahbandar mulai pukul 8 pagi hingga 6 petang, manakala dari Pulau Ketam dan Bukit Datu dari pukul 8 pagi hingga 12 malam.


Top
 Profile  
 
 Post subject: Kuasai sains, teknologi
New postPosted: 2008-02-10, 12:34:18 pm 
Offline
User avatar

Joined: 2007-11-22, 01:30:15 pm
Posts: 28881
Location: Di atas nama cinta
Kuasai sains, teknologi -- Supaya umat Islam menjadi bangsa maju di dunia – PM

Oleh Nor Aziah Jaafar

Image

ABDULLAH Ahmad Badawi bersama isteri, Jeanne Abdullah,
Idris Jusoh dan Che Kamariah Zakaria serta Wan Hisham
Wan Salleh berdiri di hadapan replika monumen Abu Nasr
Pasra Afghanistan di Taman Tamadun Islam selepas
merasmikannya di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu malam
tadi. – Gambar Fauzi baharudin.
KUALA TERENGGANU 3 Feb. - Umat Islam perlu menguasai ilmu sains dan teknologi jika mahu dihormati dan menjadi bangsa yang maju dunia, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata, tanpa penguasaan cabang ilmu berkenaan umat Islam akan ketinggalan dan tidak mampu mencipta kejayaan yang lebih hebat daripada yang pernah dicipta oleh tamadun Islam terdahulu.

Lagi pula katanya, bidang sains, teknologi dan inovasi bukan sesuatu yang baru bagi masyarakat Islam, justeru beliau percaya ia boleh disuburkan semula melalui penguasaan sepenuhnya cabang-cabang ilmu berkenaan.

“Saya harap orang Islam dapat menguasai ilmu sains dan teknologi yang cabangnya lebih banyak daripada dahulu kerana Allah tidak mencipta langit dan bumi sia-sia saja. Semuanya adalah untuk kita kuasai,” katanya ketika merasmikan Taman Tamadun Islam (TTI) di sini malam ini.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 10,000 orang pengunjung itu, beliau turut melancarkan program Perkampungan Hadhari iaitu program pertama yang sedang berlangsung di taman itu selama sembilan hari bermula kelmarin.

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh dan isteri, Datin Seri Che Kamariah Zakari serta Exco Terengganu, Datuk Wan Hisham Wan Salleh.

Sehubungan itu Abdullah berharap, TTI yang dibina bukan sekadar untuk menarik pelancong, tetapi lebih berperanan sebagai sumber inspirasi kepada umat Islam sekarang menghasilkan inovasi yang lebih kreatif seperti yang dicapai umat Islam pada zaman dahulu.

Katanya, taman itu juga berperanan sebagai ingatan akan kebesaran agama Islam dan pencapaian umat Islam pada satu ketika dulu untuk dihayati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

Menurut beliau, apabila pengunjung melihat serta menggunakan segala kemudahan yang disediakan, ia boleh menjadi hubung kait terhadap perkembangan sains dan teknologi yang dahulunya dikuasai oleh cendekiawan Islam.

“Ia bukan sahaja lambang kemudahan tetapi untuk sentiasa mengingatkan kita tentang kebesaran orang yang mengabdikan diri pada Tuhan dan ilmu kerana dunia ini penuh dengan ilmu untuk diambil bagi kemajuan umat.

“Sebab itu kita adakan taman sebegini supaya ia menjadi satu tempat yang bila siapa saja datang sama ada melancong atau berseminar, ia menjadi peringatan tentang kebesaran agama kita (Islam) dan inilah pengajaran yang diharap dapat dihayati melalui taman ini,” ujarnya.

Abdullah berkata, jika orang ramai memahami matlamat pembinaan taman itu, maka hasrat untuk mencipta kejayaan yang lebih hebat di kalangan umat Islam akan tercapai.

Katanya, lokasinya yang terletak di bandar raya ini juga akan membantu Terengganu untuk melahirkan generasi ulul albab iaitu modal insan yang intelektual dan mempunyai pegangan agama yang kuat.

Sambil menyifatkan pembinaan TTI sebagai satu projek ikon, beliau percaya taman itu yang turut menempatkan Masjid Kristal akan menjadi mercu tanda bukan sahaja untuk negeri Terengganu, malah Malaysia sendiri.

TTI yang berkeluasan 33 hektar dengan kos pembinaan sebanyak RM249.3 juta menempatkan 21 replika monumen yang indah dan bersejarah dalam dunia Islam seperti Masjid Al-Aqsa (Palestin), Taj Mahal (India), Al-Hambra (Sepanyol), Menara Kaylan (Uzbekistan) dan Kudus Minar (Indonesia).

Replika monumen bersejarah yang lain ialah Masjid Samarra (Iraq), Kompleks Sulayman (Turki), Shaikh Lutfallah (Iran), Masjid Xian (China), Kul Sharif (Rusia) dan Qairawan (Tunisia).


Top
 Profile  
 
 Post subject: Projek bukan niat bermegah
New postPosted: 2008-02-10, 12:42:32 pm 
Offline
User avatar

Joined: 2007-11-22, 01:30:15 pm
Posts: 28881
Location: Di atas nama cinta
DUNGUN 3 Feb. – Kerajaan tidak pernah melaksanakan sesuatu projek pembangunan dengan niat untuk bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk rakyat, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata, setiap projek pembangunan merupakan amanah rakyat yang mesti dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, dalam hubungan ini kerajaan perlu melaksanakan pembangunan secara seimbang dalam pelbagai bidang selaras dengan usaha menjadikan Malaysia negara maju.

“Kerajaan hanya menjadi wakil yang diberi amanah oleh rakyat, jadi apa yang rakyat kata, kita akan laksanakan, itu sahaja.

“Dan inilah apa yang terbukti di Terengganu dan beberapa buah negeri lain,” katanya semasa berucap merasmikan Peletakan Batu Asas Kampus Tetap Universiti Teknologi Mara (UiTM) Bukit Besi di sini hari ini.


Bukan projek bermegah


Oleh Zulkofli Jamaludin, Shaarani Ismail, Hanneeyzah Bariah Baharin dan Baharom Bakar

Image
WARISAN NEGARA: Abdullah diiringi Jeanne dan Idris merasmikan replika
Masjid Negara dengan meletakkan tangan pada skrin ketika melawat
Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu, malam tadi.


Kerajaan pastikan rakyat manfaat pembangunan seiring pencapaian negara: PM

DUNGUN: Pelaksanaan pelbagai projek pembangunan dan prasarana di seluruh negara sekarang bukan untuk bermegah-megah atau menunjukkan kehebatan kerajaan, sebaliknya bagi manfaat rakyat supaya kemajuan mereka seiring dengan pencapaian negara, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, apa yang kita kata, kita kotakan. Ada kerja yang akan kita laksanakan, kita akan membuatnya dengan cepat. Apa yang rakyat impikan sekarang, dah jadi realiti.

"Kita perlu pastikan apa yang baru hendak letak batu asas, kita bina. Apa yang dah bina, kita tambah nilai," kata Perdana Menteri pada majlis Peletakan Batu Asas Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu Kampus Bukit Besi di sini, semalam.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah; Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Mohd Zain dan Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Tan Sri Dr Wan Zahid Mohd Nordin.

Kampus UiTM ketiga di Terengganu itu dibina di kawasan seluas 400 hektar di Bukit Besi, yang pernah terkenal sebagai kawasan pengeluar bijih besi terbesar negara. Fasa pertama kampus kejuruteraan itu berharga RM54 juta.

Perdana Menteri berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha memastikan pembangunan di Pantai Timur, iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang, tidak ketinggalan berbanding di Pantai Barat.

"Kalau kita mahu kawasan ini terus maju, kita perlu mengimbangkan pembangunan Pantai Timur dan Barat dengan memberi kemudahan sama yang bermutu.

"Kalau nak bagi dua orang tukang bersaing, biar mereka dapat perkakas, iaitu pahat dan gergaji yang sama, baru hasil yang dibuat elok," katanya sambil memberi jaminan tidak akan ada kawasan yang tertinggal atau terkebelakang dalam arus pembangunan.

Abdullah berkata, pelaksanaan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) akan menyaksikan kawasan Pantai Timur membangun secara menyeluruh dan menyamai pembangunan di Pantai Barat. Pembinaan UiTM Kampus Bukit Besi itu pula membolehkan kawasan sekitarnya terus membangun.

Sementara itu, dalam sidang media selepas meletak batu asas Politeknik Hulu Terengganu dekat Kuala Berang, Perdana Menteri berkata, momentum pembangunan yang dilaksanakan kerajaan negeri dan Pusat di Terengganu kini berjalan lancar dan berada pada landasan betul untuk merealisasikan impian yang tidak pernah dimimpikan sebelum ini.

Abdullah berkata, pembangunan di Terengganu sudah digerakkan semula, keyakinan rakyat sudah dibina

dan kerajaan mampu untuk mewujudkan pelbagai projek yang mendapat maklum balas baik daripada rakyat.

"Projek daripada Kerajaan Pusat terutama mengenal hal pendidikan sudah pun turun ke sini, maka semuanya dah mula bergerak. Dulu (ketika pemerintahan Pas) momentum ini tidak bergerak," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Perdana Menteri berkata, dulu Terengganu seperti roda yang berat dan tidak boleh hendak ditolak, tetapi dengan kesungguhan pimpinan negeri roda yang besar dapat digerakkan dan kini bergerak dengan cepat.

"Inilah yang dikatakan momentum... maka dengan itu momentum gerakan ke hadapan untuk membangunkan pembangunan berkualiti di negeri Terengganu telah bermula dan makin bertambah cepat.

"Kita tak mau ia jadi terencat, kita tak mahu gerakan itu bertambah slow (perlahan) nanti berhenti pula susahlah kita nanti nak tolak lagi sekali. Oleh sebab ia bergerak dan rakyat Terengganu sekarang ini dah begitu seronok... begitu gembira dengan apa yang sedang berlaku.

"Saya percaya ini akan membawa kepada satu perkembangan, iaitu rakyat Terengganu tetap berada di belakang kerajaan Barisan Nasional untuk memastikan gerakan momentum pembangunan berkualiti ini akan berterusan di Terengganu sehingga sampai kepada puncak kejayaan yang diharapkan," katanya.


Top
 Profile  
 
 Post subject: 'Taman Tamadun Islam untuk semua'
New postPosted: 2008-02-10, 12:44:53 pm 
Offline
User avatar

Joined: 2007-11-22, 01:30:15 pm
Posts: 28881
Location: Di atas nama cinta
KUALA TERENGGANU: Taman Tamadun Islam (TTI) yang menjadi mercu tanda baru Malaysia dan dirasmikan malam tadi bukan saja melambangkan keagungan seni bina Islam, tetapi satu pembangunan kebajikan untuk seluruh rakyat negara ini, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata, TTI itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, termasuk dewan seminar dan persidangan boleh menjadi tempat yang diminati umat Islam dan bukan Islam menganjurkan aktiviti.

Beliau berkata, taman itu dibangunkan dengan kefahaman, toleransi dan mencetuskan semangat keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Terengganu menggunakan slogan Islam Hadhari, Terengganu Bestari. Kita takut slogan ini membuatkan bukan Islam salah sangka dan menganggap bertentangan dengan kepercayaan mereka.. mungkin mereka tidak ada tempat di negeri Terengganu. Semua ini bukan begitu.

"Pembangunan adalah kebajikan untuk seluruh rakyat � Melayu beragama Islam, Cina beragama Buddha dan India beragama Hindu akan menikmati pembangunan yang dijalankan di negara ini, khususnya Terengganu," katanya ketika merasmikan Taman Tamadun Islam, di sini malam tadi.

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan dan bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad.

Kira-kira 10,000 warga Terengganu tidak melepaskan peluang menyaksikan majlis perasmian itu yang turut dimeriahkan dengan dendangan lagu tema TTI oleh penyanyi tersohor negara, M Nasir.

TTI yang dibina membabitkan peruntukan RM250 juta di atas tapak seluas 23 hektar dan mengandungi 21 Monumen Islam terunggul itu buat julung kalinya dibuka secara rasmi kepada orang ramai sempena Perkampungan Hadhari.

Perdana Menteri menjelaskan apabila idea menubuhkan TTI itu timbul, negeri terbaik untuk mendirikan projek yang melambangkang keagungan Islam adalah Terengganu, bukannya Kepala Batas, Pulau Pinang.

Beliau berkata, pemilihan itu adalah sebahagian daripada janji Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum 2004 iaitu membawa pembangunan ke Terengganu yang tidak pernah dilihat selama ini dan cita-cita itu adalah tidak mustahil untuk dilaksanakan.

"Antara janji yang ditunaikan adalah pembangunan modal insan yang sudah dilihat dengan penubuhan universiti (Universiti Darul Imam Malaysia dan Universiti Terengganu Malaysia) dan perletakkan kampus baru (Bukit Besi) Universiti Teknologi Mara (UiTM).

"Hari ini semua janji sudah menjadi kenyataan. Pembangunan TTI melambangkan banyak pengajaran, melambangkan banyak kebaikan dan boleh didapati yang ada hubung kait dengan Islam," katanya sambil syukur dan terima kasih kepada semua yang terbabit menjadikan TTI satu realiti.

Perdana Menteri berkata, walaupun saiz monumen berskala kecil tetapi cukup untuk memberi bayangan mengenai keindahan bangunan, tingginya ilmu pembinaan orang Islam dahulu, kemahiran mereka dalam seni, lukisan dan pelbagai seni lain.

Beliau berkata, pembinaan itu juga memberi fahaman bahawa kemajuan ketika era kegemilangan Islam ada banyak.

"Kemajuan yang diperoleh datang dari kebolehan orang Islam pada masa itu. Mereka mempunyai pemikiran yang cukup tinggi, malah inovasi dan kreativiti bukanlah sesuatu yang asing dengan Islam.

"Bahkan orang Islam mempunyai ilmu pengetahuan yang membuktikan kepada dunia pada waktu itu bahawa mereka mampu membina apa yang jua kemajuan yang melambangkan ketinggian Islam," katanya.

Perdana Menteri berharap pengurusan TTI dapat bekerjasama dengan negara tempat monumen agung Islam dibina untuk meletakkan gambar, manuskrip, model hasil inovasi, kreativiti berkaitan sains dan teknologi dalam bangunan di taman itu.

Beliau berkata, usaha itu membolehkan pengunjung melihat dan mengkaji hasil seni bina Islam yang bukan saja cemerlang dalam seni bina, tetapi bidang lain seperti perubatan dan kajian bintang.


Top
 Profile  
 
 Post subject: MB nafi projek taman tamadun membazir
New postPosted: 2008-02-10, 12:51:30 pm 
Offline
User avatar

Joined: 2007-11-22, 01:30:15 pm
Posts: 28881
Location: Di atas nama cinta
KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri semalam menafikan dakwaan Pas bahawa projek pembinaan Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man, di sini, membabitkan peruntukan RM250 juta adalah projek membazir.

Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata dakwaan bahawa projek TTI yang turut menempatkan 21 replika masjid tersohor di seluruh dunia termasuk Masjid Kristal, membuktikan pemimpin Pas menidakkan ketamadunan Islam yang wujud lebih 1,000 tahun lalu.

"Dakwaan kepemimpinan Pas itu membuktikan mereka cetek ilmu terutama mengenai ketamadunan Islam yang bukan hanya memberi penekanan dalam bentuk kesenian, malah menekankan kemajuan dalam bidang sains," katanya kepada pemberita selepas menjadi panel rancangan Halaqah anjuran TV9 bersama Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri, Datuk Masitah Ibrahim sempena Program Perkampungan Hadhari, di sini, semalam.

Idris berkata, pembinaan TTI yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah projek menguntungkan dan dapat membantu masyarakat terutama umat Islam melihat dengan lebih dekat kemajuan yang pernah dicipta umat Islam sebelum ini.

Katanya, sudah menjadi amalan pemimpin Pas bahawa setiap projek dilaksanakan kerajaan adalah projek pembaziran.

"Pembangkang dan Pas sebenarnya kehabisan modal terutama untuk memenangi hati rakyat yang semakin yakin dengan kepemimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya.

Image
DAYA TARIKAN: Pengunjung melihat keindahan seni bina yang terdapat
di Taman Tamadun Islam.


Idris berkata, program Perkampungan Hadhari kali keempat yang diadakan di negeri ini ternyata mendapat sambutan luar dugaan masyarakat, termasuk pelancong asing.

Katanya, pengunjung teruja dan terpegun apabila mereka dapat melihat 21 monumen masjid tersohor di negara Islam dibina di TTI.

"Sehingga lewat malam semalam (kelmarin), seramai 480,000 pengunjung termasuk pelancong daripada negara Timur Tengah hadir ke program Perkampungan Hadhari.

"Walaupun sebelum ini kerajaan negeri hanya mensasarkan 700,000 pengunjung dalam tempoh sembilan hari, tapi disebabkan sambutan baik daripada rakyat dan pelancong dari dalam dan luar negara, angka itu dijangka meningkat melebihi satu juta," katanya.

Image
HASIL MONUMEN: Khalid Ahmadzai, 24, dengan memakai pakaian
tradisi Afghanistan menyambut tetamu yang melawat Makam
Abu Nasr Parsa di Taman Tamadun Islam.


Idris berkata, peningkatan pengunjung termasuk pelancong luar negara itu membuktikan bahawa TTI dibina di negeri ini adalah yang terunggul dan terbaik di dunia kerana terdapat pelbagai keunikan.

"Rakyat dan seluruh umat Islam teruja kerana dapat menyaksikan ketamadunan Islam yang wujud melebihi 1,000 tahun lalu ada di negeri ini," katanya.


Top
 Profile  
 
 Post subject: Bazir RM250 juta bukan kehendak tamadun Islam
New postPosted: 2008-02-12, 02:01:29 pm 
Offline
User avatar

Joined: 2007-11-22, 01:30:15 pm
Posts: 28881
Location: Di atas nama cinta
Masjid Kristal & 21 replika: Bazir RM250 juta bukan kehendak tamadun Islam

Azamin Amin
Tue | Feb 05, 08 | 8:37:39 am MYT

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Hrkh) - Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man, Terengganu yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini adalah suatu pembaziran yang tidak memenuhi kriteria dan kehendak tamadun Islam yang sebenar.

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) berpendapat mendirikan struktur binaan yang mewah sedangkan ada keutamaan yang lain untuk rakyat seperti perumahan yang lebih penting, tidak memenuhi maksud tamadun Islam seperti yang ditonjolkan di Terengganu itu.

Demikian menurut kata Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid yang mengulas pembaziran terkini kerajaan dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

"Perbelanjaannya sangat tinggi, Masjid Kristal termasuk pembinaan 21 monumen replika hanya untuk tontonan sedangkan ia tidak membawa manfaat nyata kepada rakyat terbanyak.

"Soalnya adakah tamadun Islam ingin dipersembahkan melalui monumen replika yang menelan belanja yang banyak walhal yang lebih utama ialah bagaimana memperbetulkan budaya hidup yang kini telah rosak akibat tamadun kebendaan yang kini sedang dialami negara," katanya.

Katanya kerajaan Terengganu mendakwa bahawa TTI akan menjadi produk pelancongan yang menarik, akan tetapi bukan dengan cara berbelanja tinggi untuk menunjukkan sebuah tamadun apatah lagi Terengganu masih termasuk antara negeri yang miskin di negara ini.

Teras turut kesal kecenderungan pihak kerajaan pusat dan negeri selama ini yang terus berlumba-lumba untuk membangun projek-projek kosmetik yang tidak menyelesaikan masalah rakyat yang lebih utama.

Lebih menyedihkan kata Azmi, laporan indeks Gini yang mengukur jurang kaya-miskin di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia, sangat mengaibkan dan lebih malang lagi didapati jurang itu adalah yang paling besar membabitkan golongan bumiputera .

"Oleh itu apakah erti TTI bagi rakyat yang masih ramai memerlukan pembelaan untuk hidup dalam keadaan yang mencukupi.

"Perbelanjaan RM250 juta disaat rakyat bergelut dengan kos hidup yang semakin meningkat adalah suatu tindakan tidak bertanggungjawab di pihak kerajaan,"ujarnya lagi.

Malah kata Azmi lagi, 21 buah monumen replika itu sendiri bukan melambangkan tamadun yang sebenar kerana yang diutamakan dalam sebuah tamaduan manusia yang Islamik ialah kesederhanaan yang mengutamakan keperluan rakyat, bukan binaan-binaan mewah.

"Sesunguhnya wang rakyat yang berupa amanah yang perlu ditadbir-uruskan dengan baik. Tidak boleh dibelanjakan dengan sesuka hati tanpa melihat kesan langsung kepada rakyat," tegasnya. - mks.


Top
 Profile  
 
 Post subject: Cipta peluang kerja tingkat taraf hidup – Tuanku Mizan
New postPosted: 2008-02-15, 05:36:17 pm 
Offline
User avatar

Joined: 2007-11-22, 01:30:15 pm
Posts: 28881
Location: Di atas nama cinta
Image
TUANKU Mizan Zainal Abidin menandatangani plak sambil
diperhatikan oleh Idris Jusoh (kanan) pada majlis perasmian
Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man,
Kuala Terengganu, malam tadi.
KUALA TERENGGANU 8 Feb. – Rakyat negeri ini perlu berusaha mencipta peluang-peluang pekerjaan untuk dijadikan sumber ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup mereka, titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Titah Seri Paduka, keindahan negeri Terengganu yang mampu menggamit pelancong dari dalam dan luar negara membantu perkembangan ekonomi dan ia perlu digunakan sepenuhnya oleh rakyat untuk menjana pendapatan keluarga.

Seri Paduka bertitah, pembinaan Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man umpamanya yang kini menjadi ikon baru negara membawa banyak faedah kepada rakyat kerana ia mampu meningkatkan industri pelancongan.

‘‘Masjid ini dibina lebih kepada keperluan solat fardu umat Islam terutama kepada pelawat yang datang ke Taman Tamadun Islam.

‘‘Oleh itu masjid ini hendaklah dijaga dan dikawal selia dengan baik terutama dari segi kebersihan dan keceriaannya,” titah Seri Paduka ketika merasmikan Masjid Kristal di sini malam ini.

Seri Paduka turut menunaikan solat Maghrib di Masjid Kristal bersama hadirin lain termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin dan ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri.

Masjid Kristal yang mula dibina pada April 2006 telah direka bentuk oleh anak Terengganu sendiri dengan keluasan 2146.12 meter persegi.

Dewan sembahyang Masjid Kristal berkeluasan 946.64 meter persegi yang mampu memuatkan seramai 700 orang jemaah pada satu-satu masa.

Seri Paduka turut melahirkan rasa bangga melihat perubahan yang telah banyak berlaku di Terengganu bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga pembangunan ilmu dan modal insan melalui program berteraskan keagamaan.

“Beta berharap program ini akan berupaya melahirkan generasi ulul albab yang memiliki semua ciri yang seiring dengan tuntutan agama,” titah Seri Paduka.


Masjid Kristal mercu tanda baru Terengganu

Oleh Shaarani Ismail

KUALA TERENGGANU: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yakin Masjid Kristal yang menjadi mercu tanda baru Terengganu dan dunia Islam, membawa banyak faedah kepada negeri dan rakyatnya.

Baginda bertitah, kedudukan masjid itu yang strategik di Taman Tamadun Islam (TTI) di sini mampu menjadi daya tarikan dan wajah baru kepada Kuala Terengganu.

“Ia selaras dengan ‘Bandar Raya Warisan Pesisir Air’ yang diisytiharkan pada 1 Januari lalu dan keindahannya boleh menggamit kedatangan pelancong daripada dalam dan luar negara.

“Kehadiran pelancong ke negeri ini secara langsung akan membantu perkembangan ekonomi dan menjana pendapatan rakyat,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Perasmian Masjid Kristal TTI di Pulau Wan Man di sini, semalam.

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Seri Panglima Raja, Tengku Baderulzaman; Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin.

Tuanku Mizan bertitah, walaupun Masjid Kristal dibina bukan untuk tujuan solat Jumaat, tetapi pembinaannya adalah sebagai pelengkap kepada konsep dan tujuan pembinaan TTI itu sendiri.

Titah baginda, masjid itu dibina untuk memberikan kemudahan kepada umat Islam dan pelawat yang berkunjung ke TTI untuk menunaikan solat Fardu.

Sementara itu, Idris dalam ucapannya berkata, Masjid Kristal adalah manifestasi kejayaan, kreativiti dan teknologi pembinaan rakyat Terengganu serta menjadi manifestasi tamadun masa depan negeri.


Top
 Profile  
 
 Post subject: 1.2 juta lawat Perkampungan Hadhari
New postPosted: 2008-02-16, 06:40:36 pm 
Offline
User avatar

Joined: 2007-11-22, 01:30:15 pm
Posts: 28881
Location: Di atas nama cinta
Oleh Zulkofli Jamaludin dan Baharom Bakar

Kehadiran pengunjung lebihi jangkaan awal

KUALA TERENGGANU: Perkampungan Hadhari yang pertama kali diadakan di Taman Tamadun Islam (TTI), di Pulau Wan Man, di sini, mencatat sejarah tersendiri apabila dikunjungi lebih 1.2 juta pengunjung, termasuk 60,000 atau lima peratus pelancong asing.

Jumlah pengunjung ke Perkampungan Hadhari bermula 1 Februari dan berakhir semalam melebihi sasaran awal iaitu sejuta orang, dan jumlah itu adalah sekali ganda berbanding 600,000 ketika diadakan di Teluk Warisan, Pulau Duyong, tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi negeri, Datuk Wan Hisham Wan Salleh, berkata kehadiran ramai pengunjung, termasuk pelancong dari Singapura, Thailand, Australia dan Timur Tengah turut menjana ekonomi penduduk.

"Walaupun kerajaan tidak mendapat keuntungan wang ringgit daripada program ini, tetapi apa yang lebih penting ialah sumber pendapatan peniaga, pengusaha hotel, rumah sewa serta pemilik bot meningkat.

"Kejayaan program ini adalah hasil kerjasama semua pihak, termasuk media yang membuat liputan secara meluas menyebabkan orang ramai ingin mengunjungi TTI," katanya pada sidang media, di Kelab Teluk Warisan, di sini, semalam.

Hadir sama Pemangku Pengarah Unit Komunikasi negeri, Roslan Abdul Rahman dan Penolong Setiausaha Kerajaan negeri (Perhubungan dan Komunikasi), Mahari Endut.

TTI dan Perkampungan Hadhari Terengganu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, 3 Februari lalu, manakala Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin merasmikan Masjid Kristal, kelmarin.

Wan Hisham yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Perkampungan Hadhari, berkata disebabkan jumlah pengunjung di luar jangkaan, kerajaan negeri mengakui berlaku pelbagai kelemahan, termasuk kemudahan tempat letak kenderaan dan pengunjung terpaksa berjalan kaki sejauh kira-kira dua kilometer.

Malah, katanya, semua hotel habis ditempah, gerai makan habis jualan pada jam 10 pagi dan berlaku kesesakan teruk di bandar raya terutama jalan menuju Losong.

Wan Hisham berkata, mulai esok orang ramai masih boleh terus melawat TTI dan Masjid Kristal tetapi masa lawatan 21 replika akan dihadkan pada setiap Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad selama tiga bulan.


Top
 Profile  
 
 Post subject: TAMAN MASJID TERAPUNG
New postPosted: 2008-12-27, 12:08:11 am 
Offline
User avatar

Joined: 2007-11-22, 01:30:15 pm
Posts: 28881
Location: Di atas nama cinta
Taman Masjid Terapung 'sakit'

KUALA TERENGGANU 17 Dis. - Dewan Undangan Negeri hari ini diberitahu status projek pembinaan Taman Rekreasi Masjid Terapung di Kuala Ibai dekat sini yang berharga RM90 juta sebagai projek sakit.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Yahya Khatib Mohamad berkata, pembinaan projek tersebut di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah ditangguhkan.

Katanya, projek yang dilaksanakan bertujuan menyediakan kemudahan rekreasi kepada penduduk sepatutnya siap 19 Mei 2008, namun gagal disiapkan mengikut jadual.

''Surat menamatkan tender kontraktor terbabit sudah dikeluarkan dan ia dikategorikan sebagai projek sakit," katanya menjawab soalan lisan Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas-Batu Burok) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Toh Chin Yaw memberitahu bahawa kerajaan negeri tidak bertanggungjawab terhadap penutupan kilang papan Rapid Skills Sdn. Bhd. di bandar Al-Muktafibillah Shah, Dungun.

Semasa menjawab soalan lisan Wan Hassan Mohd. Ramli (Pas-Sura), beliau memberitahu, walaupun 150 orang pekerja ditamatkan perkhidmatan berikutan penutupan itu, namun proses pembuangan dibuat menurut saluran yang betul.

''Mereka dibayar pampasan atau ganti berikutan tindakan pemberhentian kerja oleh majikan," ujarnya


Top
 Profile  
 
Display posts from previous:  Sort by  
Post new topic Reply to topic  [ 10 posts ] 

All times are UTC + 8 hours


Who is online

Users browsing this forum: Yahoo [Bot] and 1 guest


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum

Search for:
Jump to:  
cron
Powered by phpBB © 2000, 2002, 2005, 2007 phpBB Group
Free Forum : phpbb3now.com

PlayStation style by Scott Stubblefield